Ads 468x60px

Thursday, September 29, 2011

0
Nini

Okeh.
Da leh start cter.
Ni Nini.
Bukan Nini Cokelat Celup.
Nickname dia Nini.
Seorang Komander.
Aku kena tabik sebab pangkat dia dah tinggi.

Sebelum aku melalut, aku nak cter yg dia ni kawan baik aku.
Walaupun sekarang aku dengan dia jarang berbual.
Tapi, apa pun tindakan aku, dia faham kenapa.
Aku bangga sebab dia boleh faham aku walaupun tindakan aku tu diceritakan oleh orang lain dan sampai ke telinga dia.

Aku kenal dia mula dari LIBK.
Dalam kumpulan aku tu, ak tak sedar pun dia ada. (hehe.. jangan marah aaa..)
Sampai satu checkpoint, kumpulan aku kena denda.
Setiap orang kena cari pasangan untuk nyanyi satu lagu duet. (dem.. sape ak nak cari ni?)
Agak last jugak aku kena nyanyi.
Oleh kerana sama-sama segan, aku ikut kata jurulatih tu dengan nyanyi satu lagu.
Lagu My Heart oleh Acha & Irwansyah.
Tapi sebab aku rasa macam bosan nak nyanyi lagu tu yang 'slow'. (paham la kan lagu tu macam mana..)
Aku tukar lagu tu jadi versi rock.
Memang kena bahan la aku masa tu.
Jurulatih suruh aku nyanyi lagi sekali depan semua 'candidate' LIBK.
(Hangit betul!)
Segan belakang kira, yang pasti, aku kena buat, kalau tak aku akan makan masa ahli lain.
Masa tu pulak aku terkedu(ramai sangat penonton), jadi lagu tu lambat masuk versi rock.
Rasa lama gila berdiri untuk nyanyi lagu tu je.

Masa Kem Rakan Siswa Malaysia, Nini ni kena pegang bendera.
Takut bendera kena rampas, dia lari pergi belakang dengan aku.
(aku duduk belakang sebab rimas menyempit ramai-ramai)
Nak sedapkan hati, aku pun pegang bendera dia tu.
Tak kena serang pun.
Risau punya pasal, semua jadi tak kena.
Ramai orang rasa macam tu jugak.

Kebanyakan masa yang aku habiskan dengan dia adalah masa-masa event. 
Ni gambar masa camping kor Kesatria.



0 comments:

Post a Comment

 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards