Ads 468x60px

Saturday, September 24, 2011

0
Hati Tepung

Ini mungkin dapat menggambarkan sedikit tentang hati manusia.


Hati manusia macam tepung.
Tak mempunyai bentuk yang tetap dan kering.
Ia boleh diubah dengan persekitaran mereka.


Kalau diisi dalam kotak, maka petaklah bentuknya.
Kalau diisi dalam beg plastik, maka bujurlah bentuknya.


Bila tepung ditambah dengan air, ia menjadi doh.
Doh boleh jadi sangat lembut hingga sangat liat.


Doh boleh digoreng dan menjadi makanan.
Perasa menambah keenakan makanan.



Doh boleh dibakar, tetapi jangan terlalu lama kerana ia akan menjadi sangat keras.
Doh yang dibakar masih boleh dibentuk.
Tetapi dengan mengukir.


Aku tak nak terangkan secara terperinci.
Berdasarkan pengalaman, bayangkan semua gambaran ini.
Kerana penjelasan yang akan aku bagi tak semestinya tepat.
Kerana pengalaman aku tak sama dengan orang lain.
Gambaran ini juga boleh menjadi satu persoalan yang boleh korang bincang dalam hati.
Hati akan berbincang dengan korang bila ada cetusan.
Aku pernah baca satu novel yang macam ilmiah sikit yang tulis, "carilah guru hati dalam hati kamu, dialah yang akan bimbing kamu."-Paracut Di Ambang Rindu by Azlee Shah Abbas-

0 comments:

Post a Comment

 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards