Ads 468x60px

Followers

Wednesday, December 29, 2010

0
Kekuatan Lelaki, Kelemahan Aku, Hati Aku.

aku baru je dapat kawal hati aku untuk cter psl ni.

mse result kuar, ak gelisah jer nak tau result ak.
ak mntak la sowg mmbe nih tlg tngok result ak.
naek sket result ak, Alhamdulillah.
then ak tak puas ati ngan point ak.
ak tnye sbject ape ak sangkot ngan sume data2 die.
A,B,C,D,E.

time nih, ak ngah kursus karisma.
rsau gler.
ak dpt tau ak sangkot LAW240.
ak tak sangka akn fail giler @#$%.
time tu, muka ak brubah.
ak nak mntak maap kat uzey sbb ak xleh cter mase tu.

sbb sbject tu da down giler, ak x lepas target ak.
dlm 15 mnit pas ak tau sume tu, ktowg nak solat waktu zohor or asar.
ak x ingt.
mmg da lewat r sbb program agak penoh.

ngan ati sebak, ak g amek wudhu'.
time tu, ak da xleh dnga lawak pape da.
sakit gler rse dlm ati.

time nak solat tu, 1st rakaat, ak x dpt thn sebak ak.
trus ujan.
for the 1st time, ak nges sbb result ak.
smpai abes solat ujan x brenti.
ak dpt thn sblum solat tu.
time solat jer, ak jd lemah gler.
adui.
kalo ati ak sedih, then ak solat lak, mmg bukan gerimis lg yg dtg, trus lebat.

lpas solat tu, ak lepak kat dpan blk ak.
ak nmpak kapal terbang.
ak tpikir, mana silap ak?
knapa ak xleh terbang?
ak leh mendaki, tp ak xleh terbang.

lama gak ak lepak kat situ.
masok lak time mkn.
ak mkn ala kadar je.(tp abes gak. xnak mmbazir la. free tu.)
ak tulis ni pn ak rse agak malu gak sbb ak cter psl ak nges.
adhes.

mmg llaki lbih bergaya dgan ego, lbih kuat ngan ego.
tp ak rse nak buang jer sume tu.
ak bkn hebat pn nak ego tinggi2.
simpan sket ntuk jaga maruah ckup la.

hmm.. mse prgram tu, ak da rse mcm ak nih lembab gler.
isu yg xde kne mngena pn ak tnye.
nak malu ape..
ak nak tau bnde yg ak xtau jer.
ak bkn jnis yg segan2 nak tnye.
ak nak tau, ak tibai jer ngan soalan.
lantak r soalan bodo ke, ape ke.
janji jawapan tak kasar.
janji ak tau ape ak nak.
kalo jwapan kasar, + ak xleh trima jwapan kasar cmtu, ak bidas/gram.
ak siap tnye elok2 da. bkn ak nak tunjuk lagak pn.
( + ak gram lak bila ader guy yg nak knal ngan pmpn, then suwoh ak adjust. lantak ko la. ko nak, ko tanya. xnak tnye, melepas.)

kalo ader yg pnah nmpak mata ak merah tiba2, ak ader prob la tu.
(kalo yg smpai ngigau tu bkn ak ader prob. mata merah sbb tido jer.)-ACD1A8-

ak nak cter psl 1 ari yg ak rse sedih sgt.
mse tu ak duk dlm blk ak sowg sbb dak2 blk sume blk umah ngan jln2.
ak lepak tu, ak tringat sume bnde yg ak pnah wat.
lain drpd owg len, ak asyk ingt ksalahan ak jer.
then ak tringat fmly ak.
adui.. dwet da kering, nak mntak x smpai ati.
at last ak mntak gak.
tu yg wat banjir blk ak.
hmm.. ntah adk2 ak (6 org + mak ngan abah = 8org) mkn ape la kat umah tu.
time tu, ak rse ak nih abg pling teruk.
tu yg banjir.
ak g klas awl sbb nak lepak sowg2 jap.
x penah2 ak dtg awl 1/2 jam.
otw g klas tu, ak pkai topi tutup mata.
sbb ak rse mase tu mata ak merah lg.
owg tngok ak mse tu mmg pelik r.
muke msm, pkai topi ngan sweater tengah ari bute.
mase tu gak r ak x tngok muka owg.
mse ak jalan, ak nmpak kaki jer, ak elak.
dlm klas lak, ak xleh konsentrate.
hampeh btol.
FAR200 lak tu.

at the end,
ak x rasa ak kuat pn.
ak target nak btolkan dr ak.
sbb tu ak mls cari awek.
nak wat ape awek cun2 kalo dri sndiri xleh jaga? fmly sndiri xleh tlg?
kdang2 ak jeles gak tngok dak2 kampus nih ada awek.
alah, jeles biase jer.
x lama pn.
xde la smpai nak burukkan diowg.
diowg nak kapel, tu hak diowg.
pendapat ak, kapel ni x kekal lama.
kalo sama2 tau sama2 suka, then berkawan, ak respect.
nak pegang2 tngan ni ak x gemor sgt.
1st and last ak pgang tngan mse ak kapel time ak 17 dlu, smpai skang ak rse mnyesal.
tu mmg silap bsar yg pnah ak wat antara blainan jenis.
mse tu, nak salam pn ak rse nak tarik jer tngan ak.
sbb syg awek pnye psl, ak bg jer tngan ak kat dia.
tp, dr kcik, smpai skang, ak mmg pk bnyak kali time nak slm ngan pmpn.
sntuh sket pn ak da rse mcm nak blk umah jer.
kcuali kalo kcemasan r.
budak nak jatuh, xkan nak tngok jer.
msti r tlg kan..

part mana yg ak rse ak x matang, ak nak btolkan.
bhagian mana yg korg rse ak salah, korg bgtau.
xpyah ckp blakang r.
kalo bgtau ak, ak leh btolkan.
kalo ak respon mcm xleh trima, korg maki ak time tu pn xpe..
bg ak sedar sket.
maki xpyah lama2 r. ak x bpe ske dnga owg mbebel.
kalo dnga pn ak x ingt.
ayat power ak tunjukkan untuk tengking ak.
"ko nih, ak tgur elok2 ko xleh trima, ak tengking ko marah. ko pk sndiri r ko nak idop ngan sape yg leh nasihat ko. buang air liur ak jer tegur ko elok2 td."-contohnya-
Tuesday, December 28, 2010

4 golongan lelaki yg ditarik ke neraka

by Pejuang Irbid on Monday, October 25, 2010 at 11:00pm
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

0
Kumpulan Rakan Siswa Malaysia ( KARISMA ): Tindakan Kurang Bijak Haram Logo 1Malaysia

Monday, December 27, 2010

0
Hati ini..

Malam ini, aku terimbau kesalahan-kesalahan aku.
Ada beberapa orang dalam dunia ini yang aku ingin sekali memohon maaf.
Aku ingin meminta maaf daripada mereka sepanjang hayat aku.

Mungkin sekali, setiap kali aku bertemu dengannya, aku akan meminta maaf.
Jika mereka sudah 'pergi', aku mungkin akan sering mengunjungi pusara mereka untuk memohon maaf.
Terasa berat bahu ini apabila memikirkan kesilapan aku.

Maafkan aku.
Maafkan aku yang tidak matang.
Maafkan aku yang terburu-buru.
Maafkan aku yang memarahimu.
Maafkan aku yang mementingkan diri.
Maafkan aku yang pemalas.
Maafkan aku yang pernah menyakitimu.
Maafkan aku yang pernah membuatmu menangis.
Maafkan aku yang mencuri hak mu.
Maafkan aku yang tidak mengambil berat tentangmu.
Maafkan kesalahan yang tidak aku sedari. 
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....

Maafkan aku .....
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....


Aku akan mengawal kegembiraan aku supaya aku tidak melampaui batas aku.
Maafkan aku jika kau tidak suka melihat aku bermuka 'ketat'.
Maafkan aku jika aku kelihatan tidak ikhlas/gembira ketika ketawa.

Satu kesalahan aku pada seseorang, ia akan menghantui aku sehingga aku menghembus nafas terakhir.
Aku bukanlah seorang manusia yang boleh melupakan semuanya dengan mudah.
Meskipun kau sudah mengatakan kau sudah memaafkan aku, ia masih menghantui aku.

Mungkin dengan persahabatan yang kukuh sahaja yang boleh melepaskan aku daripada belenggu ini.
Maafkan aku jika aku meminta sesuatu yang keterlaluan.
Saturday, December 25, 2010

2
Sakit

Aku hendak menceritakan tentang seorang manusia yang sangat menyakitkan hati aku.

Dia adalah seseorang yang mempunyai pertalian darah denganku,
Umurnya sebaya denganku,

Kelebihannya,
Dia kacak, bergaya matang, pandai berjimat dan sebagainya.

Tetapi,
Apa yang selalu dia lakukan padaku?
Dia gemar menceritakan keburukanku kepada sesiapa yang dikenalinya.

Apakah ceritanya?
Aku kebudak-budakkan,
Aku malas,
Aku _ _ _ _ _ _ _.
Aku buruk itu,
Aku buruk ini.
Apabila menceritakan tentang seseorang, cerita itu hendaklah ditokok tambah supaya lebih mengujakan.
Itukah yang dia mahu?
Mendapat perhatian kerana mempunyai cerita yang menarik mengenai seseorang?

Tahukah dia?
Mungkin dia matang, tetapi, adakah menceritakan keburukan seseorang itu baik?
Adakah memalukan aku dihadapan teman-temannya itu adalah sikap yang baik?
Sementara menunggu keputusan SPM, aku mengajak dia bekerja bersama dengan aku supaya hubungan kami lebih rapat.
Tidakkah dia terfikir bahawa aku mahukan hubungan yang baik dengannya?
Aku tidak mahu membencinya.

Adakah memikat gadis adalah satu keperluan untuk kelihatan matang?
Adakah aku perlu memikat gadis untuk merapatkan hubungan dengan dia?
Pada pendapat aku, memikat gadis hanya perlu apabila hati aku ingin memiliki hatinya.
Bukan hanya ingin berseronok dan mempermainkan hati dan perasaan.
Bukan kerana kecantikan.

Ramai yang berbangga apabila dia dapat menjimatkan wang semasa semester satu di IPT.
Aku sering diperli dan di'sekolah'kan hanya kerana aku tidak dapat mengawal perbelanjaan aku supaya cukup sehingga penghujung semester.
Sekarang, wang dia habis dibelanjakan hanya selama dua bulan.
Sudahkah dia memahami kehidupan seorang mahasiswa?
Masihkah dia kelihatan hebat di mata keluarga?

Aku tidak mahu dia bercakap tentang keburukan orang lain hanya kerana mereka tidak 'sebulu' dengan dia, kerana kata-katanya akan merosakkan diri dia sendiri.

Sebanyak mana pun keburukan dia, aku tidak akan menceritakan kepada orang lain kerana dia adalah keluarga aku.
Aku masih inginkan hubungan baik antara kami.
Friday, December 24, 2010

0
My 1st One

In my life, I've known a girl,
who changed my point of view.
I admired her.

Every time I meet her,
my heart gone crazy.
She is a sight for sore eyes.

I've imagined sit with her.
It came true.
I even dance with her.
It makes me sleep with smile.

If I seen her now, 
my days will be happy for a week.
Its funny that I will be that way,
even I just saw her in a kilometer away,
I will be happy.
Its is some crazy attitude of mine.
Its never fade away.

But, 
I can't have her heart.
I've tried to leave her.
I will never able to do so.
The best thing I've done is,
let her be a dream of mine.
She is a wonderful dream.
She is my story.
My first love.

Friday, December 17, 2010

2
Nota untuk adik-adikku..


Abangmu ini bukanlah insan terbaik untuk dicontohi.
Jadilah seseorang yang jauh lebih baik daripada abang.
Abang yakin adik-adik abang adalah orang yang hebat.

Adik,
Kekuatan lelaki bukan pada buku lima.
Kekuatan perempuan bukan pada kekasaran tingkah laku.
Tapi, ia dari budi bahasa dan ketepatan dalam membuat keputusan.

Adik,
Jagalah diri kamu supaya kamu tidak dicemuh masyarakat bahkan keluargamu sendiri.
Jagalah tanganmu dari mengambil sesuatu yang bukan hak mu.

Adik,
Hormatilah orang yang lebih tua kerana merekalah yang akan menunjukkan jalan yang betul untukmu.
Jadilah orang yang boleh menerima teguran, bukan seperti mereka yang marah bila ditegur.
Kamu boleh berjaya dik, pilihlah cara yang sesuai denganmu untuk berjaya.
Belajarlah, kerana itu boleh membentuk dirimu menjadi insan yang lebih matang.

Adik,
Kasih sayang tidak selalunya dengan suara manja, belaian dan pujukan.
Kadangkala, kasih sayang perlu ditunjukkan dengan cara yang menyakitkan.

Adik,
Janganlah menilai seseorang dari satu sudut.
Kelak kamu menyesal atas semua sikapmu.

Adik,
Hari tidak selalunya terang, sungai tak selalunya tenang.
Hidup tidak selalunya senang, tidak selalunya mengembirakan.
Carilah hikmah di sebalik musibah yang menimpa.

Adik,
Abang tahu bagaimana perasaan inginkan seorang kekasih.
Cinta akan datang kepada orang yang sabar dan menjaga kehormatan diri.
Pilihlah kekasih yang boleh mematangkan fikiranmu, bukan kekasih yang bakal merasa tendanganku.
Kerana naluri seorang abang yang tidak mahu adiknya disakiti dan dipengaruhi tidak dapat dipadam begitu sahaja.
Dan janganlah terlalu sayangkan mereka hingga melebihi kasih sayang keluargamu.
Kelak, ia akan menyakitimu.

Adik,
Sayangilah mak dan abah.
Hormatilah mereka.
Jagalah hati mereka.
Berbaktilah kepada mereka.
Penuhilah harapan mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya.
Kelak, kamu juga akan menjadi ibu dan bapa seperti mereka.
Mereka juga pernah hidup susah.
Jadilah penyeri dalam hidup mereka supaya mereka dapat melupakan kesusahan mereka.
Apabila kamu sudah berkeluarga, janganlah diabaikan mereka dan tepati janji-janji kamu.
_______________________________________________________ 

Jika abang pergi dahulu,
Jadilah abang dan kakak yang lebih baik daripada abang.
Jaga lah mak dan abah dengan baik.
Banyakkan mendengar daripada berkata-kata supaya kamu dapat berfikir dengan waras dan membuat keputusan yang betul.


Sunday, December 12, 2010

0
Dimana silapku?

Mungkin,
Aku Boleh mendaki tangga..
Aku boleh menawan gunung..
Aku boleh menlompat tinggi..

Tapi,
Mengapa aku tak boleh terbang?
Mengapa aku tak boleh ke angkasa?

Adakah,
Sayapku tak cukup kuat?
Aku masih kekurangan daya tolak?
Aku membawa muatan yang berlebihan?
Aku perlukan seorang pemandu yang hebat untuk terbang?
Aku tak cukup kekuatan itu?




Berilah aku kekuatan untuk merubah diri aku sendiri sebelum aku dipertanggungjawabkan untuk merubah orang lain. 
Sedarkanlah aku dari mimpi yang panjang supaya aku tidak melalui suatu mimpi yang mengerikan. 
Pimpinlah aku sebelum aku mampu memimpin orang lain. 
Aku takut, aku takutkan diri aku sendiri yang tidak mampu memberi sesuatu yang bermakna dalam hidup aku, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Monday, December 6, 2010

1
Perempuan tak boleh memasak??

Aku pernah terfikir, 'is it posible a woman can't cook?'

Aku tak percaya seseorang yang akan selalu berada di rumah tidak tahu selok-belok memasak.
Apa yang aku nampak depan mata aku, kaya, ramai pembantu rumah, dan sibuk tak boleh dijadikan alasan untuk seseorang memasak.

Aku pernah dengar dan baca kata-kata seorang perempuan yang tidak puas hati bila lelaki menetapkan seorang perempuan mesti boleh memasak.

Alasannya, sibuk belajar.
Siapa yang langsung tiada masa untuk diri sendiri?
Contohnya, menonton wayang, baca novel, 'berendut' di taman rekreasi, dan lain-lain.
Semua manusia yang hidup dalam abad ke-21 mesti ada masa untuk itu.
Itu di kenali sebagai masa lapang. (kepada yang masih belum tahu)

Tak salah kan kalau masa baca novel tu berhenti sekejap untuk tengok ibu memasak?
Susah nak jumpa ibu yang memasak menghalang anaknya belajar memasak.
Kalau belajar di sekolah asrama penuh atau IPT, mereka masih ada cuti semester.
24jam tengok buku juga?

Aku pernah jumpa seorang gadis yang tak tahu memasak nasi. (perkhemahan sekolah)
Pelik rasanya.

Aku pernah tengok mak aku sukat air untuk masak nasi.
Pernah juga tanya sukatannya.
Owh.. Aku terlupa yang zaman sekarang keluarga tidak membebel bila anak-anak bangun tengahari.
Belajar sampai lewat malam la katakan.

Kenapa bila seorang perempuan ditanya tentang memasak, tanpa segan silu mengatakan mereka tidak tahu memasak?
Malah bermasam muka kerana ditanya begitu.
Kenapa mereka tidak katakan mereka boleh memasak walaupun mereka belum pernah memasak?

'Open minded'lah sikit.
Kedai makan banyak dan mak boleh tolong masakkan.
Eh. Mak tu tukang masak?
Nak makan apa-apa boleh 'order' je?

Owh.. Lagi satu perkara, orang muda kena jaga tangan.
Tidak boleh luka, kasar, dan keras.
Kurang harga hantaran katanya.
Hahahaha.

Kalau simpan tangan untuk untuk suami baguslah.
Kalau nak simpan tangan cuma untuk pimpin kekasih, macam jalan dengan orang buta.
Lebih baik letak dalam kocek seluar supaya tidak terkena cahaya matahari.

___________________________________________________________

panas tak baca post aku kali nih??
hahaha..
rasakan.. nak sgt komen lelaki demand nak pmpn masak.
llaki boleh msak, knapa pmpn xleh?
akn dtg mmg kne msak ntuk suami kan..
mkn kat luar pn, kalo suami sakit takkan nak tapau jer?
mase nak tapau tu plak suami jmpe mlaikat maut.
baru ko tau rse mnyesal tu mcm mne.
blaja la sket2.
ape ade hal..
nasik tak msak ke, jd bubur ke, xpe..
asalkan ada pengalaman..
mula ngan goreng telur ngan msak nasi pn da cukup.
nak pulak demand llaki kne leh imamkan pmpn.
pilih la llaki yg leh jd imam.
mcm llaki demand pmpn yg leh msak.
bermadu pn ape salahnye.
nak jaminan untk mase dpan kan..

Aku pn tak tau nape mood ak mlm ni nak kenakan org jer..
Pndai2 la pilih yg baik dlm ape yg ak post ni..
xpayah la nak serang ak ngan point2 tahap master degree tu..
ak dah ready point2 lanun yg berpengalaman dah..
Have a great cooking lesson day.. 

Saturday, December 4, 2010

2
Conference About Woman/Female.

Baiklah, post ini hanya kata-kata yang terlintas dalam hati aku.
Kebanyakan yang terlintas dalam hati aku tak dapat aku post dalam blog.
Ini adalah perbandingan kehidupan.
Seorang wanita/perempuan.

Perempuan kalau dilihat dalam perspektif sesuatu objek, kita boleh gunakan sebuah kereta.
Mari kita pilih sebuah kereta yang menjadi idaman.
Sebuah Nissan Skyline R35 GT-R Spec-V.
Cantik bukan?

Cuba kita umpamakan perempuan adalah kereta ini.
Pemandu pertamanya adalah bapa.
Pemandu adalah pendidik sesebuah kereta yang kini kita anggap adalah seorang perempuan.
Sepanjang kehidupannya, bapa memandu mengikut corak pemanduan mereka sendiri.
Corak pemanduan adalah cara didikan yang digunakan pemandu contohnya, pemanduan cara Islam, barat atau timur.

Pemandu pertama memandu sehinggalah Pemandu kedua ingin memiliki kereta tersebut.
Kunci diserahkan(akad nikah) kepada Pemandu kedua(suami).

Sekarang, Pemandu kedua perlu memandu dengan baik supaya kereta itu tidak rosak.

Dalam situasi yang lari ke negara jiran, boleh di samakan dengan pencuri kereta
mengambil kereta tanpa menggunakan kunci yang dimiliki oleh pemandu pertama.

________________________________________________________________

Apa aku nak tulis adalah, tugas seorang lelaki sangat besar dan penting.
Lelaki perlu menjaga dan mendidik perempuan sepanjang hayat.
Sesuatu yang paling penting buat seorang lelaki adalah ilmu dalam semua aspek.
Survival, religion, and other knowledge.
Jikalau belum cukup, lupakan sebentar niat beristeri.
Lengkapkanlah dulu ilmu didada.
(Aku tulis2 ni, ak pn lum ckup lg ape yg nak 'pakai' dah sibuk2 kaco org. haha.)

Ak cme tulis ape yg ak ingat jer ni..
ader yg ak x ingt. 
xtau best x dr pndangan org len. 
Kepada Acap: ko minat sgt keta kan?? ni ader post yg bkaitan ngan kreta.ambik anda. wah hahahaha.. 

Wednesday, December 1, 2010

0
Story of a Friendship

Satu hari, aku masuk sebuah kelas yang sedang belajar tentang berwudhu.
Aku masuk ngan muka blur..
Mmbe ak ckp, mse nih ak paling pendek, paling skema, paling blur.

Start mse tu, ak nak ubah sket diri ak..
Dlm klas tu, ak cube nak riuhkan klas tu ngan bgurau ngan cgu..
Smpai skang ak rse mnyesal ngan ape yg ak ckp tu..
Mase tu la ak jmpe 2 org mamat yg mmg wat muka 'jaki' ngan ak start mase ak msok klas lg.
2 org mamat nih bkn kategori kwn baek pn.
Cme knal2 jer..
Tp lpas knal tu, yg x rapat leh jd kwn baek, yg x knal leh jd knal, yg muke 'jaki' kalo tengok org baru dah leh senyum n mcm2 lg..

Start ak msok klas tu, ak lepak ngan diowg.
Ntah angin ape yg masok kat bdn ak mse tu, leh plak ak lepak ngan diowg..
Mase lepak tu r 3 org ni jd dak2 paling bsing, pling kuat mnganjeng, n pling rapat.
Smpai dpt nama bujang lapuk ngan do re mi.

Dlm 3 org tu, ada ak, nabil ngan sazwan.
Ktorg lepak same2, bsing same2, nganjeng same2, nak g jamban pn same2..
Ak rse ader bpe owg je yg leh wat ak ktawa start 8pg smpai 2-3ptg mcm ngan diorg.

1 ari, ader sowg junior bwu msok skolah tu yg dah ader sejarah ngan slah sowg mmbe ak nih..
Djadikan citer, diowg kapel.
Tu 1st and last time ak nmpak mmbe ak nih ader prasaan yg kuat kat sowg awek..

Yg bagusnye mamat nih, die ader awek pn, die msih lepak ngan kitowg.
Slalunye, dak2 llaki yg dah ader awek nih asyk lyn awek die jer..
Kalo leh, nak berkepit jer..

Tp mamat nih laen..
Kapel ngan mmbe, die x plih kasih..
Sbb tu ak ngan die nih leh jd mmbe rapat smpai skang.

Nak describe diowg nih snang jer..
Sazwan=joker
Aku=giler
Nabil=cool
joker+giler= cool  tukang gelak
Ilang sume cool si nabil nih xleh thn lyn kpala giler+joker.

Kat skolah tu gak la ak wat kpale giler ak.
Ak ponteng skolah cume nak jumpe PC kat CC..
Mase tu ngah giler ragnarok online..
Ak rse, psl bnde tu gak r ak knal byak pkataan inggeris.
Yg x bagosnye, ak ponteng skolah..
nseb baek sowg cgu nih baik giler ngan ak.
Wlaupn ak asyk nganjeng die jer dlm klas, tp die xde anta surat or gantung ak sbb ak ponteng tu..
Asalkan ak x ponteng lg ckup..
Peh.. Kalo la lectrer ak cmtu, mcm2 prangai ak wat..

Mse nih, ak x pk langsung psl pmpn..
Si nabil ni la yg beria-ia nak ak ad sorg awek..
Ish.. Takkan la ak nak ckp ak ske awek die sbb dlm klas, mata ngan otak ak x g tmpt len, nak cri point nganjeng diowg jer..
Pakar cari jodoh yg bernama nabil tu pn kenalkan ak ngan sowg anak bilal masjid..
Giler mamat nih..
Ak try r nak lyn dak tu mcm nabil lyn awek die..
Ak xleh wat sbb ak x bpe minat nak kapel2 nih..
Budak tu leh ckp comel la gak..
Kcik lg kan..

Last2 ak break ngan die sbb fmly ak nak pindah kat kulai..
Tp mamat 2org nih msih rapat, msih kuat mnganjeng, msih hepi bile lepak same2..
Ak jer kowt yg brubah bnyak..
Ak da x bnyak ckp, x bnyak nganjeng n x bnyak wat lawak mcm dlu lg..
Tp 1 benda yg x brubah..
Diowg tetap bestfriend ak..

_____________________________________________________________

Bila ak pk blk,
Ak wat salah ape pn ngan diowg, diowg msih trima ak..
Ak x rmai kwn yg snggup ssh snang same2..
Tp ak pling benci bila dnga pkataan ptus sahabat/mmbe/kwn/dll..
Sbb mamat 2 org tu dah ajar ak betapa sunyi hidup ni kalo xde kwn..
 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards