Ads 468x60px

Followers

Sunday, November 6, 2011

0
Tiada Maaf Untuk Bunuh Diri.




Aku mendengar satu berita yang menyentuh hati aku.
Aku nak tulis ‘direct’.
Aku tak nak berlapik sebab aku tak tujukan pada sesiapa.

Dengar satu berita, cari kebenaran dulu.
Dah tahu kebenaran baru boleh yakin kejadian itu berlaku.
    Kes: bunuh diri.
                Kerana: putus cinta.
                Komen aku: bullshit!
Kenapa aku sakit hati?
Hal orang, tak ada kena mengena dengan aku langsung.
Buat apa aku nak sibuk-sibuk membebel.

Pertama:
Dah bunuh diri macam mana nak taubat? Tak ada cara. Pahala apa yang orang yang membunuh diri akan dipotong habis. Seronok?
Kedua:
Tindakan yang menyebabkan keluarga malu, dan sedih. Masalah sendiri jangan sampai menyalahkan orang lain. Tanggung sendirilah. Kalau malu sebab terlanjur sekalipun, kau pindah rumah ke tempat yang tak ada orang kenal dan cubalah cara hidup baru. Ramai suka ‘try an error’ kan.
Ketiga:
Bunuh diri kerana putus cinta adalah sesuatu yang mengarut. Aku pun bercinta juga. Aku pernah malukan diri aku juga. Aku pernah hilang kawan juga. Aku pernah dibenci juga. Salah aku. Jadi, akulah yang perlu tanggung.
Keempat:
 Mak dan bapak kau letak dimana? Kotak? Tak fikir langsung maruah mereka. Orang yang lari dari rumah mungkin akan pulang juga. Kau bunuh diri, kau tak rasa orang ramai akan cari keburukan dalam keluarga kau? Tak tambah lagi salah silap kau dengan orang tua kau. Bila nak minta maaf?
Kelima:
Kau boleh lupakan maruah keluarga hanya untuk percintaan kau yang gagal!? Memang patut aku tujukan bullshit kepada kau. Tengok orang bercinta, kau bercinta lebih-lebih pula. Tengok t.v. pun boleh ambil pengajaran. Apa salahnya bandingkan sedikit dengan diri sendiri.

Aku bagi lima sebab sahaja.
Aku bukan bercakap sebagai orang tua.
Aku bercakap sebagai seorang remaja yang pernah berfikir tentang bunuh diri pada usia belasan tahun.
Aku ingat lagi satu ayat dalam satu filem yang aku pernah tonton.
“Don’t die on me. It’s bad for my report.” (Filem tentera)
Pandai-pandailah fikir.
Nanti kalau terfikir nak bunuh diri boleh fikir dulu sebelum buat kerja bodoh tu.
Apa guna kau ada kawan kalau kawan-kawan kau tak boleh tenangkan kau yang tengah bangang masa putus cinta tu?
Ada kawan, pentingkan kekasih.
Putus dengan kekasih, kawan yang tinggal pun cuma melayan je.
“Baru kau tahu erti penyesalan!” (KL Gangster.)
 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards