Ads 468x60px

Followers

Tuesday, May 8, 2012

0
Sawang di 'Blog'ku


NICE!!! :D

Wah! Blog aku tenggelam dan sunyi sepi!!
Aku tak banyak nak cerita dalam entry ni.

1. Aku meninggalkan UiTM Segamat.
Tahun lepas aku keluar. (Of course have lots of reason) "BARU SEKARANG NAK CAKAP!!??" Hehe.. Kepada yang tak tahu atau tak sedar hilangnya aku dari Segamat tu, aku nak mintak maaf. Tak best la nak cakap kat semua yang aku kenal aku nak keluar. Sorry sebab tak kongsi dengan korang! "NEXT!!!!" Huhuhu. Ok2x.

2. Tersentuh
Ada jugak yang sayang aku. Maksud aku, bukan sebab aku semakin jauh, tapi sebab aku terus kerja 'on the spot' aku sampai rumah. Gigil jugak badan sebab terus kerja. (Sorry..) Nak tinggalkan Segamat rasa berat jugak. boleh tak aku bawak UiTM Segamat pacak kat depan rumah aku?? "SELFISH OK!!"

3. Kerja, Kerja, Kerja!
Sekarang, aku menetap sebagai GW department RA kilang Ayamas. Ada gak la yang aku tak suka, tapi nak buat macam mana kan. Bukan syarikat tu aku punya pun. J CORP yang punya.

4. Segan nak cerita sebenarnya...
Aku jumpa orang yang amat ambil berat tentang aku, cuba teman aku dalam apa keadaan pun, dan macam-macam lagi la.. (Takkan la aku nak cerita semua kan.. hehe) Aliya Nurhalina. Dah 'welding' dah bagi lekat terus dalam hati aku. "GAMBAR!!!" Alaa.. Next entry la eah.. hehe..

5. Hafizzudin
Adik aku yang paling muda ni dah pandai merangkak. Anak merdeka(31 Ogos 2011) ni pemalu orangnya. Bila ada orang pegang, dia diam je. Tapi mata meleleh je. Dia tengok mak aku, 'bila la mak nak pengang ni. sedih dah ni'. Mungkin kata dia la. aku teka je. hehe..

6. Future
Aku banyak plan. tapi masih tak tahu yang mana nak pilih.
-HnD Diploma in Electrical Engeenering
-SPA Kejururawatan
-Enjoy little time of my life
-Teruskan kerja dan kumpul harta.
            *Yamaha FZ150i
            *Simpanan BSN RM20,000
            *Laptop ASUS 1 bijik
            *Tanah untuk penternakan

Eh. macam banyak aku cerita. sampai sini je la. aku kena masuk kerja parttime pulak. bila ada modal, aku nak cuba kerja kat internet. cuba je. just try an error. kalau ok dan lancar, boleh la aku sambung belajar sambil kerja. target tu, target. dah-dah. I'll be late. need to go! bye!
Monday, February 13, 2012

0
SUDAHLAH!!

Mata aku nampak lain.
Telinga aku dengar lain.
Hati aku terdetik lain.

Antara tiga-tiga ni, kalau xde penjelasan yang aku boleh percaya dan disertakan bukti yang kukuh yang boleh membuatkan aku ubah fikiran, tanggapan buruk je yang akan aku rasa. Nak ubah? Cakap la sendiri. Dulu cakap nak kawan, aku join. da jadi kawan, tak boleh ke tengok hati kawan tu senang sikit ke, bahagia sikit ke. Aku diam pun, tak semestinya aku tak kawan beb. DAH LA! Terpulang la nak ikut ego yang mana satu. Aku dah tak kisah lagi. Nak aku ok, TAKNAK SUDAH!
Saturday, February 4, 2012

0
Moving Danger Zone!




Untuk seseorang yang sukakan perhatian, dia adalah Moving Danger Zone kepada jantina yang berlawanan.

Jika dia seorang perempuan, dia merbahaya bagi lelaki.
Jika dia seorang lelaki, dia merbahaya bagi perempuan.

Jika dia mempunyai kekasih, dia kekasihnya akan merasa tak selamat.
Peratusan untuk Moving Danger Zone ditinggalkan adalah tinggi.
Peratusan untuk setia juga mungkin amat rendah.

Moving Danger Zone juga akan sering kehilangan sahabat dan mungkin dibenci beberapa kelompok orang.



P/s: Elakkan diri anda dari Moving Danger Zone ini kerana anda mungkin tak mahu diri anda membenci mereka kelak.
 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards