Ads 468x60px

Friday, December 17, 2010

1
Nota untuk adik-adikku..


Abangmu ini bukanlah insan terbaik untuk dicontohi.
Jadilah seseorang yang jauh lebih baik daripada abang.
Abang yakin adik-adik abang adalah orang yang hebat.

Adik,
Kekuatan lelaki bukan pada buku lima.
Kekuatan perempuan bukan pada kekasaran tingkah laku.
Tapi, ia dari budi bahasa dan ketepatan dalam membuat keputusan.

Adik,
Jagalah diri kamu supaya kamu tidak dicemuh masyarakat bahkan keluargamu sendiri.
Jagalah tanganmu dari mengambil sesuatu yang bukan hak mu.

Adik,
Hormatilah orang yang lebih tua kerana merekalah yang akan menunjukkan jalan yang betul untukmu.
Jadilah orang yang boleh menerima teguran, bukan seperti mereka yang marah bila ditegur.
Kamu boleh berjaya dik, pilihlah cara yang sesuai denganmu untuk berjaya.
Belajarlah, kerana itu boleh membentuk dirimu menjadi insan yang lebih matang.

Adik,
Kasih sayang tidak selalunya dengan suara manja, belaian dan pujukan.
Kadangkala, kasih sayang perlu ditunjukkan dengan cara yang menyakitkan.

Adik,
Janganlah menilai seseorang dari satu sudut.
Kelak kamu menyesal atas semua sikapmu.

Adik,
Hari tidak selalunya terang, sungai tak selalunya tenang.
Hidup tidak selalunya senang, tidak selalunya mengembirakan.
Carilah hikmah di sebalik musibah yang menimpa.

Adik,
Abang tahu bagaimana perasaan inginkan seorang kekasih.
Cinta akan datang kepada orang yang sabar dan menjaga kehormatan diri.
Pilihlah kekasih yang boleh mematangkan fikiranmu, bukan kekasih yang bakal merasa tendanganku.
Kerana naluri seorang abang yang tidak mahu adiknya disakiti dan dipengaruhi tidak dapat dipadam begitu sahaja.
Dan janganlah terlalu sayangkan mereka hingga melebihi kasih sayang keluargamu.
Kelak, ia akan menyakitimu.

Adik,
Sayangilah mak dan abah.
Hormatilah mereka.
Jagalah hati mereka.
Berbaktilah kepada mereka.
Penuhilah harapan mereka untuk melihat anak-anak mereka berjaya.
Kelak, kamu juga akan menjadi ibu dan bapa seperti mereka.
Mereka juga pernah hidup susah.
Jadilah penyeri dalam hidup mereka supaya mereka dapat melupakan kesusahan mereka.
Apabila kamu sudah berkeluarga, janganlah diabaikan mereka dan tepati janji-janji kamu.
_______________________________________________________ 

Jika abang pergi dahulu,
Jadilah abang dan kakak yang lebih baik daripada abang.
Jaga lah mak dan abah dengan baik.
Banyakkan mendengar daripada berkata-kata supaya kamu dapat berfikir dengan waras dan membuat keputusan yang betul.


1 comments:

Anonymous said...

so sad...

Post a Comment

 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards