Ads 468x60px

Saturday, December 25, 2010

2
Sakit

Aku hendak menceritakan tentang seorang manusia yang sangat menyakitkan hati aku.

Dia adalah seseorang yang mempunyai pertalian darah denganku,
Umurnya sebaya denganku,

Kelebihannya,
Dia kacak, bergaya matang, pandai berjimat dan sebagainya.

Tetapi,
Apa yang selalu dia lakukan padaku?
Dia gemar menceritakan keburukanku kepada sesiapa yang dikenalinya.

Apakah ceritanya?
Aku kebudak-budakkan,
Aku malas,
Aku _ _ _ _ _ _ _.
Aku buruk itu,
Aku buruk ini.
Apabila menceritakan tentang seseorang, cerita itu hendaklah ditokok tambah supaya lebih mengujakan.
Itukah yang dia mahu?
Mendapat perhatian kerana mempunyai cerita yang menarik mengenai seseorang?

Tahukah dia?
Mungkin dia matang, tetapi, adakah menceritakan keburukan seseorang itu baik?
Adakah memalukan aku dihadapan teman-temannya itu adalah sikap yang baik?
Sementara menunggu keputusan SPM, aku mengajak dia bekerja bersama dengan aku supaya hubungan kami lebih rapat.
Tidakkah dia terfikir bahawa aku mahukan hubungan yang baik dengannya?
Aku tidak mahu membencinya.

Adakah memikat gadis adalah satu keperluan untuk kelihatan matang?
Adakah aku perlu memikat gadis untuk merapatkan hubungan dengan dia?
Pada pendapat aku, memikat gadis hanya perlu apabila hati aku ingin memiliki hatinya.
Bukan hanya ingin berseronok dan mempermainkan hati dan perasaan.
Bukan kerana kecantikan.

Ramai yang berbangga apabila dia dapat menjimatkan wang semasa semester satu di IPT.
Aku sering diperli dan di'sekolah'kan hanya kerana aku tidak dapat mengawal perbelanjaan aku supaya cukup sehingga penghujung semester.
Sekarang, wang dia habis dibelanjakan hanya selama dua bulan.
Sudahkah dia memahami kehidupan seorang mahasiswa?
Masihkah dia kelihatan hebat di mata keluarga?

Aku tidak mahu dia bercakap tentang keburukan orang lain hanya kerana mereka tidak 'sebulu' dengan dia, kerana kata-katanya akan merosakkan diri dia sendiri.

Sebanyak mana pun keburukan dia, aku tidak akan menceritakan kepada orang lain kerana dia adalah keluarga aku.
Aku masih inginkan hubungan baik antara kami.

2 comments:

Anonymous said...

adakah saya mengenalinya..???

Azan said...

x kowt

Post a Comment

 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards