Ads 468x60px

Monday, December 27, 2010

0
Hati ini..

Malam ini, aku terimbau kesalahan-kesalahan aku.
Ada beberapa orang dalam dunia ini yang aku ingin sekali memohon maaf.
Aku ingin meminta maaf daripada mereka sepanjang hayat aku.

Mungkin sekali, setiap kali aku bertemu dengannya, aku akan meminta maaf.
Jika mereka sudah 'pergi', aku mungkin akan sering mengunjungi pusara mereka untuk memohon maaf.
Terasa berat bahu ini apabila memikirkan kesilapan aku.

Maafkan aku.
Maafkan aku yang tidak matang.
Maafkan aku yang terburu-buru.
Maafkan aku yang memarahimu.
Maafkan aku yang mementingkan diri.
Maafkan aku yang pemalas.
Maafkan aku yang pernah menyakitimu.
Maafkan aku yang pernah membuatmu menangis.
Maafkan aku yang mencuri hak mu.
Maafkan aku yang tidak mengambil berat tentangmu.
Maafkan kesalahan yang tidak aku sedari. 
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....

Maafkan aku .....
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....
Maafkan aku .....


Aku akan mengawal kegembiraan aku supaya aku tidak melampaui batas aku.
Maafkan aku jika kau tidak suka melihat aku bermuka 'ketat'.
Maafkan aku jika aku kelihatan tidak ikhlas/gembira ketika ketawa.

Satu kesalahan aku pada seseorang, ia akan menghantui aku sehingga aku menghembus nafas terakhir.
Aku bukanlah seorang manusia yang boleh melupakan semuanya dengan mudah.
Meskipun kau sudah mengatakan kau sudah memaafkan aku, ia masih menghantui aku.

Mungkin dengan persahabatan yang kukuh sahaja yang boleh melepaskan aku daripada belenggu ini.
Maafkan aku jika aku meminta sesuatu yang keterlaluan.

0 comments:

Post a Comment

 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards