Program Bina 1 Malaysia bersama INMIND.
Vest Karisma -Kumpulan Rakan Siswa Malaysia-
Sesi Teka Bina 1 Malaysia.
Mendekati penduduk Sabak Bernam.
Pengalaman yang berharga semasa mendekati penduduk Sabak Bernam telah membuka mata kami bahawa, masih ada rakyat yang tersiksa malah, mereka masih bertolak ansur sesama mereka. Pengalaman sebegini telah memperkuatkan semangat patriotisme kami.
Melihat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia, kami berasa sangat berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia. Kami, Karisma (JASA) sangat berharap bahawa kehadiran kami tidak dipolitikkan.
Dasar yang baik dicetuskan oleh kerajaan, akan kami sokong dengan bersemangat atas dasar kesetiaan kepada negara yang termaktub dalam rukun negara dan nilai dalam gagasan 1 Malaysia. Dasar yang menyiksa rakyat dan bakal menghancurkan negara akan kami tentang. Jadilah pemimpin yang akan memakmurkan Malaysia dan dapat mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.Tidak perlulah berbalah, mencipta fitnah-fitnah dan berburuk sangka.
Rakyat mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan menjaga hak-hak rakyat.
Inflasi juga memberi kesan kepada mahasiswa, tetapi itu adalah satu lagi rancangan kerajaan untuk terus memajukan negara dan memelihara hak-hak rakyat.
Tidak perlulah membangkitkan isu inflasi kerana, masih ramai rakyat yang sangat memerlukan bantuan untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.Mereka sangat memerlukan bantuan dan keprihatinan masyarakat. Berhentilah hanya memikirkan kepentingan diri sendiri.
Tambahan pula, mana-mana pemimpin tidak perlu memalukan negara hanya sekadar untuk kepentingan politik. Tindakan sebegitu hanya membuka pekung di dada. Saya mencemuh pemimpin yang mahu memerintah sehingga memburukkan nama baik negara sendiri. Jika saya adalah seorang hakim, saya akan menjatuhkan hukuman buang negara kepada mereka. Pergilah mereka kepada mana-mana negara yang ingin menerima pengkhianat negara sebegitu. Nescaya, mereka tidak akan menemui sebuah negara yang akan menerima pengkhianat kerana tiada negara yang mahu dikhianati.
0 comments:
Post a Comment