Ads 468x60px

Thursday, October 7, 2010

0
CINTA, SAYANG, SUKA…

3 Perkataan yang berbeza.
Pada pendapat aku, perbezaan perkataan-perkataan ini sangat jauh.
CINTA kepada Allah dan Rasul.
SAYANG manusia yang paling rapat dengan kita.
SUKA kepada manusia yang kita ingin kenali.


Malam ini, aku duduk keseorangan. Suara hati aku mula bermesyuarat.
Bagaimana jika 3 perkataan ini dicampur-adukkan?
Apa kesan CINTA kepada kekasih pada emosi seorang manusia?

Mengikut persekitaran yang aku lalui, aku dapati, cinta membawa banyak kesan.
Kesannya pada emosi manusia? CINTA akan membuatkan kita hanyut.
Pemahaman aku dalam erti CINTA kepada manusia, hanya rasa KASIH SAYANG.

Ini kisah aku,
Semasa aku mengenal part 3 UiTM Segamat, aku mengenali seorang insan. Pada masa itu, aku mahukan seorang teman. (lumrah manusia ingin mengenali insan yg berlawanan jenis.) Aku SUKA padanya. Lama kelamaan, aku ingin mengenalinya dengan lebih mendalam. Aku mengetahui bahawa dia sedang mengalami konflik. Sebagai sahabat, aku cuba membuat dia tersenyum. Aku semakin SUKA mengetahui bahawa aku boleh membuat seseorang tersenyum. Tiba-tiba dia membisu, tak dapat dihubungi. Seminggu kemudian, dia muncul kembali. Dia masih menghadapi konflik yang sama. Aku masih ingin dia tersenyum kembali. Aku cuba menghiburkan dia. Terputik rasa SAYANG aku kepadanya. Kurang daripada sebulan selepas itu, dia menghilang sekali lagi. Tapi hati aku merasakan sesuatu yang sungguh berat dan susah diterima. Ternyata, dia menghadapi konflik yang paling sukar. CINTA. Dengan kudrat aku, aku tak mampu mencampuri urusan peribadinya. Aku cuma penglipurlara. Aku tak mampu melebihi batasan aku.  Aku merasakan dia seperti ingin mengelakkan diri daripada aku. 11/10/2010 aku memberi alasan bahawa aku sedang tertekan dengan ujian LAW240 dengan harapan bahawa aku dapat menghubungi dia kembali. Aku ingin dia tersenyum.
Secara ringkasnya,
aku merasakan bahawa aku mula membenarkan hati aku menyayanginya. Aku mungkin boleh buat orang lain tersenyum, tapi bagi aku, senyuman dia begitu bermakna. Aku tidak percaya perasaan itu adalah CINTA. Ia hanyalah SUKA dan SAYANG. CINTA itu terlalu agung.

Apa yang aku ingin jelaskan disini,
Pendapat aku pada perkataan CINTA, SAYANG, dan SUKA ini mempunyai makna yang sangat berbeza dan memerlukan pemahaman yang mendalam mengenali hati dan perasaan diri sendiri.

p.s.
 Kepada insan yang itu, aku hanya memberi KASIH SAYANG aku kepada kamu. Janganlah menolak KASIH SAYANG aku hanya kerana menganggap kamu tak layak menerimanya kerana KASIH SAYANG itu bukan mudah dihapuskan dan Ia sangat berharga. Di mana harga KASIH SAYANG? KASIH SAYANG aku kepada Ibu Bapa, Keluarga, dan Sahabat2, termasuk Kamu. Aku tak mahu kehilangan sahabat lagi kerana perasaan kehilangan  seorang sahabat sangat menyakitkan. Aku masih bersedia membuat kamu tersenyum. Senyumlah selagi aku masih mampu membuat kamu tersenyum.


Aku mengarang untuk kamu pada malam ini hingga hatiku terkenangkan arwah sahabatku,
AIDA-SMKTD(2006-2007) Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

 
HeartConference | © 2010 by DheTemplate.com | Supported by Promotions And Coupons Shopping & WordPress Theme 2 Blog | Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards